Cara Sebenar Buat Agar-Agar Santan

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Hari minggu macam ni, apalagi yang paling best kita boleh buat kalau duduk kat rumah, melainkan makan-makan dan tido-tido.haha.Cakap pasal makan-makan, teringat Encik Husband saya ada buat agar-agar sirap rose.Tapi agar-agar yang dia buat ni, macam agar-agar orang kenduri kahwin kat kampung-kampung tu. Ya, mesti ada yang pernah makan 
kan.Agar-agar satu warna je.


Agar-agar santan sirap rose air tangan tuan blog ovenkecil
Okeh.Memandangkan Cik Isteri dia ni suka kongsi cara buat makanan dalam Blog je, berbanding buat di dapur sendiri, maka haruslah mencari "One Fine Day" untuk merasanya.hhehe.Teruk betul Isteri Zaman Sekarang.Saya bukanlah tak boleh harap sangat tang buat agar-agar atau puding ni, cuma siapa nak jawab kalau tetiba agar-agarku menjadi bingka labu.haha.Nampak sangat alasan.

Ya.Saya tangan kayu.Kalau setakat buat kuih ikut resepi, lepas tu pertama kali pulak membuatnya, siap sedialah untuk dikongsi dengan pakcik Ba Kul Sam Pah.huhu.Kesian kan.Walau apa pun,saya dah banyak improve berbanding 10 tahun dulu tau!

Haa,Ni Yang malas kalau nak buat mukaddimah resepi ni.Nak tunggu dia share bahan nak buat pun makan tahun kan.Oklah, sekarang juga kita tengok Cara Sebenar dan Terbaik buat agar-agar Santan supaya menjadi lapisnya.Yeay..

cara buat agar santan gula melaka
Agar-agar Santan Gula Melaka dari tuan blog Oven kecil
Resepi Agar-agar Santan Gula Melaka

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 250 gm)
  • Sedikit gula pasir sekiranya perlu
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - guna santan kotak pun boleh.
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
  • Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka. Kalau kurang, tambah lagi air supaya menjadi 1 liter kembali.
  • Masak air gula yang telah ditapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
  • Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. 
  • Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  • Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk. 
Tips Supaya Terbentuk Dua Lapisan Pada Agar-agar Santan
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. 
  • Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. 
  • Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
Penutup

Janganlah takut-takut akan kesahihan resepi yang saya kongsikan ini. Setakat ini, resepi dari tuan blog inilah yang banyak dipraktikkan oleh blog-blog masakan tanahair dan dipercayai sangat sesuai dan terbaik jika kita nak buat agar-agar santan dengan perisa pilihan sendiri.

Resepi yang saya kongsikan ini, ialah cara buat agar-agar santan Gula Melaka.Kalau nak buat perisa pandan, gula merah atau sirap rose tiada masalah.Anda hanya ikut langkah yang disediakan disini sahaja.

Jika anda ingin dapatkan resepi Agar-agar pandan Bersantan, boleh terus ke pautan ini. Terima kasih sudi baca dan kongsikan jika anda suka:)

Post a Comment

0 Comments